Saturday 2 February 2013

Mutiara Kata

Imam Hasan al-Basri Rahimahullah ditanya: "Apakah rahsia sikap kezuhudan kamu terhadap dunia?". Beliau menjawab: "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah memantau aku, maka aku malu menemuiNYA dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah".


1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."
Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.
2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."
Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.
3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."
Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang bermaksud: dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
                                                                                                                            (Qaf :50:16)
Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya kita menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah kita sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan? 
Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?
Kerana kita yakin bahawa ada mata yang memandang kita di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak kita cepat tersebar. Jika diikutkan, kita tidak mampu melihat ke belakang, bahkan kita juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat kita, kita juga tidak tahu adakah makmum tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari kita, tetapi lihatlah, betapa keyakinan kita sudah memadai untuk menjadikan kita imam yang penuh kesopanan.
Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.
4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."
Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian: Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.







Monday 21 January 2013

.: KUMPULAN USRAH SUGHRA MUSLIMIN I.T.C. GEN. 8 :.

KUMPULAN 1 :

BIL.
NAMA
1.
MOHAMAD ZAINI BIN ABDUL AZIZ(KETUA)
2.
WAN AHMAD AMSYAR BIN WAN YUSOFF
3.
MOHAMAD ARIFUDDIN BIN DERAMAN
4.
MUHAMMAD AKROMI BIN AZAMI
5.
NAUFAL BIN BADARUDIN
6.
AHMAD FATHULLAH BIN AZMI
7.
MUHD NUR IKHWAN BIN NARIDAN

KUMPULAN 2 :

BIL.
NAMA
1.
MOHAMAD IQBAL ARIEF BIN MUHAMAD SUPRI(KETUA)
2.
AHMAD MOUSTAFA HAFIZUDDIN BIN AZIEH
3.
WAN NOR MUHAMED ZUHARI BIN DAUD
4.
MOHD ASARUDIN BIN CHE RAZAK
5.
YASIR ‘ATIQURRAHMAN BIN MD NOR
6.
MUHAMAD KHAIRUL AFNAN BIN ABDUL RASHID
7.
MUHAMMAD AMIN BIN JAAFAR

KUMPULAN 3 :

BIL.
NAMA
1.
MOHD YAMIN ASWAT BIN JAAFAR(KETUA)
2.
ILYAS BIN MOHD ZAINOL
3.
MOHAMAD RAIHAN BIN ABDUL RAUF
4.
FATHIZAKI BIN RIFIN
5.
ADI MUKHRIS BIN ADENAN
6.
EZUWAN ZAILANI BIN IBRAHIM
7.
HABIB MUSTAKIM BIN ABDULLAH

KUMPULAN 4 :

BIL.
NAMA
1.
UMAR SAFWAN BIN MOHD FEISAL(KETUA)
2.
MOHD FAIZ BIN ZAKARIA
3.
AHMAD SYAHMI BIN CHE HANAFI
4.
WAN AZLAN BIN WAN MUSA
5.
NUR MUHAMMAD FAIZ BIN IBRAHIM
6.
ABDUL BASIT BIN MOHAMAT LUTFI
7.
MOHAMAD AMIR KHOLIS BIN LUKMAN
8.
ABDULLAH BIN MASTOR

Friday 18 January 2013

.: VISI DAN MISI I.T.C. GEN. 8 :.





VISI
MEMBANGUNKAN JIWA MURABBI YANG AKAN MENYEBARKAN RISALAH ISLAM KE ARAH KECEMERLANGAN UMAT SEJAGAT APABILA BERKHIDMAT NANTI


MISI
v    MEMAKSIMUMKAN PELAKSANAAN TARBIYAH FIKRIAH KEPADA PENGGERAK MTEN
v    MEMPERKUKUHKAN UKHUWAH SETIAP GENERASI DALAM MTEN
v    MELAHIRKAN PENGGERAK MTEN YANG BERJIWA MTEN DAN BERJIWA DAIE